Want your
own Fotopage?



















 
faridah's FotoPage
Lilypie Kids birthday Ticker
By: ct faridah abd razak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Aug-2009 03:32 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan Ct & Keluarga ucapkan kepada semua teman2 FP yang masih sudi mengunjungi FP walaupon dah lama x berupdate. hehehe .. bz yang mengalahkan PM hahahaha...... ..... insyallah kalau ada masa ct update juga..

Dikesempatan ini juga memohom ribuan kemaafan jika CT ada berbuat kesalahan, terkasar bahasa, tersalah bicara, kurang budi bahasa, terhiris di hati dengan tidak di sengajakan maupun tanpa disedari dari hujung rambut hingga hujung kaki, semoga dengan kemaafaan yang diberi agar kita bersama sama dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan kesempuraan, kerana ada doa Malaikat Jibril :-

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan mereka tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami dan isteri

Tidak memohon kemaafan terlebih dahulu dengan Sahabat2, Teman2 Seperjuangan, 0rang2 sekitarnya walau ia nye musuh bagi kita.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, Marilah kita sama2 melakukannya. Dikesempatan ini juga ct ingin memberi secebis ingatan kepada kawan. Sudi2kan lah mengambil kad tanda ingatan CT pada kawan2 semua untuk ditampal di rumah masing2.



NAK TEMPEK KAD UCAPAN PUASA DARI KENGKAWAN


kad dari K Azue


Kak Baayah


K Rinna


K Madiha



PENGUMUMAN

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama seramai 80 orang anak yatim seperti berikut :

Tempat : Ballroom, Concord Hotel, Shah Alam
Tarikh : 2 September 2009
Hari : Rabu
Masa : 6.30 petang

Dari itu dimohon kepada Ahli Ahli Usahanita, Para Usahawan, Usahawan, Usahawan Wanita dan Para Penderma budiman yang sudi mengeluarkan zakat untuk menderma kepada 80 anak anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa yang di anjurankan oleh Concorde Hotel dan USAHANITA MALAYSIA bersama sama mengumpulkan sumbangan seikhlas hati dari mana mana penderma atau peribadi dalam bentuk wang tunai, barangan untuk menyambut hari raya untuk kami salurkan kepada anak anak yatim ini. Semua sumbangan harus sampai ke tangan Pengerusi Biro sebelum 30hb. Ogos, 2009 . Segala sumbangan yang hendak diberi bolehlah hubungi terus kepada:

Puan Suraya Salleh - Setiausaha Agung : 019-6406555
Puan Zaleha Ishak - Pengerusi Biro Agama & Kebajikan : 019-2775585
Cik Ruhani Cik Hassan - Pengerusi Biro Sosial & Kemasyarakatan : 016-2333517
Siti Faridah - Setiausaha Kerja : 013-2440294



dik sila amik kad raya kt fp akk yer..tq Thu 10-Sep-2009 17:13
Posted by:madamct@sitione  - [Link]
Selamat Hari Raya ..............maaf zahir batin....


comenya cucu2 atoq tu......geram atoq nengoknya........mak dah beli baju raya ke......

mai abik kad abah pulak......hahahaha
Wed 16-Sep-2009 05:58
Posted by:Abah Along  - [Link]
SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA CERIA D LEBARAN INI

ikhlas dari,

fazarina/hasri
fatin fatihah
harith haiqal
Thu 17-Sep-2009 07:06
Posted by:*KeLoPaK BeLuLuK* rinnafazza@yahoo.com  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Thursday, 25-Jun-2009 08:07 Email | Share | | Bookmark
Makan di Jeram + Sup Petola

Gambar makan2 di Jeram ni ct dah x ingat tarikh nya...tu la sebenarnya nak menyatakan dah lama tut ct x menghapdate fp ct ni... maaf la yer kawan2... sebuk dengan mesyuarat koperasi hari tu.. dah tu di lantik pulak menjadi Ahli Lembaga Koperasi yang dinama kan Koperasi Usaha Wanita Selangor Berhad. Koperasi ni baru sahaja ditubuhkan...dan baru lepas mesyuarat Agung Permulaan pada 20 jun 2009... dan sekarang ni ct sebuk pulak menguruskan pendaftaran koperasi tersebut. huhhh... memang memenatkan...nak pikir persatuan lagi, syarikat lagi dan ni pulak koperasi juga..adussss...kaki tanya ct cuma 2 jer... mampu kan aku..ya allah permudahkan la perjalanan kerja ku...

ermm... berbalik pula cerita makan2 tadi... kebetulan masa tu mak n abah datang ker rumah..macam biasa la ruting menhantar bekalan telur masin...kebetulan pula mak sedara ct ada juga datang ker rumah anak nya yang duduk dekat rumah ct,,,jadi ajak la mereka sekali..ha.. makan seafood ni kalau ramai2 baru la best...melantak bagai nak pecah perut.. jenuh juga la nak menghabiskan nya..tapi kami enjay la...nak tau makanan nya jom la kita zoom gambar kat bawah ni... nak cerita panjang pon x tau nak mula...jom kita ZASSSSSS...




ni jer picas yang sempat disnap... maklom ler bab makan ni x boleh tahan... laju jer... ada ketam, ikan masak 2 rasa, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, tomyam dan segala bagai sayur...menjadi hidangan kami malam tu.. jadi pelahap pulak...


gambar yang ni pulak adalah gelagat faiz n fatin yang kebusanan sementara menunggu makanan sampai.. macam2 pose yg mereka buat...



Ct nak sambung plak bab makan. masakan ni adalah masakakn orang malas.....heheheheh... lepas tu nak cepat...dan senang.. lepas tu gireng jer telur dadar... siap hidangan makan malam....selamat mencuba...hehehe



SUP PETOLA + TAHU TELUR + TELUR

Bahan

Sebatang petola
1 bungkus Tahu Telur
1 biji telur
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 biji cili besar (hiris serong)
1 bungkus kiub ayam
250 ml air
garam n gula
minyak untuk menumis & menggoreng

Cara-Cara

1. Siang petola n potong mengikut kesukaan. potong tahu telur 1 inci dan goreng.
2. Panaskan 3 sudu makan minyak masak. Tumis bawang merah n bawang putih hingga garing.
3. Masukkan air, petola, kiub pati ayam, garam n gula sikit. biarkan hingga petola masak.
4. Pecahkan telur, kecil kan api. biarkan telur masak. tabur bawang goreng. sedia di makan


bila nk update ni ct
slmt berpuasa buat ct sekeluarga
Wed 19-Aug-2009 07:05
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Salam Perkenalan.......
Wed 19-Aug-2009 08:57
Posted by:azura etika.admin@etikadairies.com.my  - [Link]
salam perkenalan.. nice foto-foto sini Wed 19-Aug-2009 09:10
Posted by:husmira  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Tuesday, 2-Jun-2009 06:56 Email | Share | | Bookmark
Fun Fair Meru



ERMM... MACAM BIASO LA,,, DEN PORAM GAMBAR,,HUHUHU TAPI YANG NI TAK LAMO... MINGGU LOPEH YO..DOK LA LAMO SGT KAN... ...WALAHHHHHH KENAPA PLAK CAKAP NOGORI PLAK NI...K RINA LA...BARU LOPEH BACO FP DIO...TU YG TERUH JADI LAGI NI....EH.. UDAH2 LER...TEMAN NI ORG PERAK...JADI ....

MINGGU LEPAS... CT N FAMILY SAJER JER JENJALAN2 KAT FUN FAIR DEKAT DENGAN UMAH KAK PAU DI MERU TU.....ANAK2 LA SEBUK SANGAT NAK PEGI FUN FAIR...BAWAK LER... AKU BUKAN APER...FUN FAIR TU TEMPAT BUANG DUIT..BANYAK OOO MELABUR MALAM TU... TAPI HASIL PULANGAN NYA AGAK LUMAYAN JUGA...

RONDA2 KAT C2.. LAYAN JER LA BEBUDAK TU...HEHEHE...LEPAS TU KITA ORG NAMPAK LA GERAI PERMAINAN BINGGO.. KITA ORG MMG SUKA MAIN BINGGO TU...TAPI PERMAINAN NI KIRA NASIB JER.... TAPI MALAM TU MEMANG KITA ORG BERNASIB BAIK SANGAT...DAPAT BINGGO SAMPAI 3 KALI..HEHEHE...PUEH ATI LA GAK DENGAN HADIAH NYER...

JOM NAK TENGOK APA HASIL NYA... LAYANNNNNNNNN







INI ADALAH GAMBAR SELINGAN....UNTUK MEMERIAHKAN FP NI...





DIKESEMPATAN INI CT NAK BERI LALUAN RED CARPET PADA PEMENANG PERTAMA YANG TERPANTAS IAITU K RINNA http://fazzarinna.fotopages.com/.. TIMA KASIH LAAAA.. K RINNA DUTA ULU BENDUL NI....LAJU JER DIA MENCOPOT....TAHNIAH..TAHNIAH,,,,,




fun fair sekarang tak macam dulu..........
fun fair dulu lagi best coz ada konsert artis.........
Fri 19-Jun-2009 12:13
Posted by:syuhaiza syuhaizadrase@gmail.com  - [Link]
-Betoi3x (sokong kata Syuhaiza d atas) Sat 20-Jun-2009 04:03
Posted by:Mr amin  - [Link]
CT.....LAMA ZAI TAK SINGGAH CINI...BUSY DGN BB AKIF LER.. Sun 21-Jun-2009 12:28
Posted by:Zai kuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Wednesday, 20-May-2009 05:54 Email | Share | | Bookmark
Edisi Makan-Makan



kali ni ct nak cerita pasal makan pulak...lama dah di tinggal kan pic2 makan-makan ni...peram jer....ada masa baru buat n3...orang bz la katakan....

haaa... baru2 ni ada orang tebang pokok kelapa berhampiran taman tempat tinggal ucmh ct..(umah taman dalam kampung daaa...) jadi macam biasa la orang lelaki di blok jalan 8 request kalau dapat umbut buat makan2 macam biasa kat belakang umah..dah dengan pantasnyer mereka pon pegi la kesitu...ermmm... dapat 4 batang...jadi ct ni sebenarnya dah lama teringin nak makan masak lemak umbut kelapa... ct amik ckit dan masak dahulu tengahhari tu...dah x sabar nak tunggu edisi lamam nya..
jadi di sisni dilampirkan pic masak lemak umbut kelapa berserta resepinya... tapi ct pon x la pandai sgt.. kalau sesiapa nak cuba boleh la ubah ikut kesesuaian...



UMBUT KELAPA MASAK LEMAK

Bahan-Bahan
1/2 batang umbut pokok kelapa
2 biji cili merah (hiris)
2 s/k sebuk kunyit
3 s/b jintan manis
2 s/b biji ketumbar
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 genggam udang kering (nak guna udang basah pon boleh)
santan

Cara-Cara
1. Potong nipis umbut kelapa (atau ikut suka).
2. Tumbuk jintan manis dan biji ketumbar hingga lembut. kemudian tumbuk pula bawang merah & putih, udang kering.
3. Masukkan bahan tumbuk, cili merah dan umbut kedalam santan. masak atas api sederhana. sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak



CEKODOK KUININ

Bahan-Bahan
1 biji pelam kuinin
2 cawan tepung gandum
4 s/k soda bikarbonat
4 s/b gula (ikut suka kemanisannya)
1/2 s/k garam
air
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
1. Kupas pelam kuinin dan blend.
2. campurkan semua bahan kecuali minyak. bancuh seperti membuat cekodok pisang.
3. goreng didalam minyak yg banyak.






Tak pernak makan cekodok kuinin.....sedap tak... selalu buat sambal je...
re: nnt kmal letakkan resepi peria tu k.
Fri 29-May-2009 16:57
Posted by:Kak Amal amalhayati68@gmail.com  - [Link]
tumpang iklan yer..jemput masuk ke rumah saya.. Mon 1-Jun-2009 13:18
Posted by:on9biznez amirul_hakimi03@yahoo.com.my  - [Link]
pestime tgk kuinin org wat cekodok!
wahhh mesti wangi jekkk rasa dia...
umbut masak lemak tuu mesti best...
Mon 1-Jun-2009 21:18
Posted by:shima27  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Friday, 15-May-2009 03:05 Email | Share | | Bookmark
Jemputan kenduri umah K azue...



assalamualaikum...
dah mula bersawang umah ct ni...yer la... nak ersihkan la ni... nak up date pic gambar kenduri kawen adik k azue...

ermm... ramai juga member2 fp yang ct jumpa tempoh hari.. antaranya k watie, k nurul, k rinna uben, k ct (one), k wawa, k ila, abg meor, pidah dan ahli2 geng FP yang ct kurang kenali... terima kasih la k azue kerana sudi menjemput ct sekeluarga kemajlis k azue itu...makanan k azue sedap2... kenyang betul...terima kasih...

ops lupa la k azue ct nak snap door gift yg k azue bagi tu..apa2 pon jom kita layan gamabr di majlis kenduri k azue..










thanks dik

walo kte tk jadi jumpe d uben
akhirnye jumpe ko d umah azue
wehhh pesal ko nmpk beso d fp
tp kt luar ko cumelll jerkkkk
tak le beso..gmbo tu menipu den ek
wakakaaaa
Mon 18-May-2009 12:08
Posted by:RINNA~~in love rinnafazza@yahoo.com  - [Link]
x sangka ank ko yg laki tu makan pakai tgn kiri..sama cam yaya ha..pueh dh akk ngajor use right hand..idaknya dia ikut..huhuhu Tue 19-May-2009 12:13
Posted by:madamct a.k.a sitione  - [Link]
majlis yg sgt2 meriah.. TKB lebih glemess dr peranteenn Wed 20-May-2009 02:10
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Thursday, 30-Apr-2009 04:03 Email | Share | | Bookmark
MY Birthday Today



hehehe..today is my birthday...yang ke 28..,,, huhuhu...makin meningkat umor ku...cam x cayer jer..dulu masa umo belasan tahun dulu selalu terfikir macam mana la kehidupan aku bila dah nak masuk 30 nie...rupa2 nya macam ni laaa.. agak indah juga..dah kawen.. anak 2,, masih berkerja...rumah dah ada...keta pon ada..jadi la keta buruk daku tu..keta dah malas nak dibela.. janji bley pakai lg..mak n bapak masih ada...kuderat pon ada lagi..hehehehe..banyak plak celoteh nyer...





SALAM CT..HAPPY BELATED BESDAY
WAH..BARU 28 THN..
MUDA LG TUUU
Tue 12-May-2009 06:10
Posted by:ita@ mama DinaNafiz ita_0910@yahoo.com.my  - [Link]
hapi belated besday............cam dah lambat plak wish......... Wed 13-May-2009 09:41
Posted by:syuhaiza syuhaizadrase@gmail.com  - [Link]
CT kah yg bergambar dengan Pak Chik dirumah Azue itu hari
Rasa2 ya hanya untuk kepastian
Thu 14-May-2009 04:44
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Wednesday, 15-Apr-2009 09:01 Email | Share | | Bookmark
Diana Rafar & Expo Usahawan

Assalamualaikummm

Gambar tu dah lama kena peram...lupa nak masukkan...lagi pon gambar tu hanya sikit jer lokasi nya yg dapat ct snap...Gambar tu berlokasi si Spa D'Lugano yang dimiliki oleh Pelakon Diana Rafar...yang berada di seksyen 13, shah alam...Diana Rafar ni sebenarnya anak saudara bos.. jadi dapat la ct berposing ckit ngan diana rafar..sape2 teringin g spa boleh cuba la spa D'Lugano ni...



kemudian pada 28 Febuary 2009...ct jadi urusetia pada program Expo Usahawan bertempat di Rumah Puspanita, Jalan Hose, Kuala Lumpur berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. jadi dikesempatan ini pon ct berniaga juga di situ... meniaga apa???..haaaaa... mak ct ni ada perniagaan membuat telur masin...secara sederhana...istimewanya...telur itik tu adalah didatangkan daripada itik yang dibela sendiri yang mana dijaga sumber makanannya...kemudian..telur nya pon kurang masin.. amat digemari ramai kerana rasanya yang kurang masin dah sedap...siapa nak mencuba boleh lah tempah dengan ct.. harga sebiji telur masin adalah RM 0.80. tetapi harga boleh dirunding..jika ada banyak permintaan....

ermmm.... berbalik pada cerita expo tadi...kami meniaga bukan sahaja telur masin tetapi juga...ikan masin, ikan pekasam, muruku, dodol, juga air... air tu adik lelaki ct yang meniaga...





ok la setakat ini dulu pic nya... sebenarnya ada lagi pic perasmian expo... kalau ct ada masa nanti ct sambung lagi ok....bye


salam kenal ct

uik berfoto ngan linda rafar layie ... sukaaaaaaaaaaa

cute dia kan .. biler kenangkan dia berkawan dgn one of my best actor tuhhh .. suh dia cepat2 kawin ...

heheheh oww ramai nya artis yg participent kat expo usahawan tuh ... hermmm utk masa depannnn
Sun 26-Apr-2009 01:43
Posted by:ieda ~ ibu nina, riena & zahrien  - [Link]
salam ct....
ooo, ct nk blk kpg esok ye.....
ct, akak ngan hubby ni blm pulih sepenuhnya dr chicken pox ni.......
muka kami berdua ni msh lg berjerutu bagai....malu nk kluar.......
nampaknya, kali ni xder rezeki la kita nk jumpa....
akak takut chicken pox ni berjangkit plk kt ct sekeluarga.....
Thu 30-Apr-2009 06:33
Posted by:baayah  - [Link]
lagu untuk mu anak Bapak.............sempena hari ulang tahun mu,jgn nakal2 yer.....

Klik cini ok...........>>>>>>>>>>>>>>>>>http://www.youtube.com/watch?v=m44z-223UYE&feature=related
Thu 30-Apr-2009 14:01
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Monday, 6-Apr-2009 09:01 Email | Share | | Bookmark
Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kg. Gajah, Perak

Assalamualaikumm...

Terima Kasih ct pada semua yang sudi menjenguk fp ct yg sejak kebelakangan ni lambat sangat nak di update...hehehe nak wat cane. ke bz an sedang melanda..huhuhu... mak lom ler skrg dah jadi Setiausaha Kerja Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia...

Anyway... Kompleks bersejarah ni ct pegi masa pulang ke rumah kakak ipar ct di Sitiawan, Perak kerana ada majlis walimatul urus anak nya berkahwin...(errr...pic kawen tu kedian yer... ).. habis jer kenduri tu cabot la balik umah mak ct kira2 1 jam perjalanan dari situ... (heheh apa la punya adik ipar.. malas sungguh) ... kompleks ni sebenarnya ada bayak lagi rumah lama yang diubahsuai menjadi muzium... tapi ct dah malas nak berjalan.. pastu nak masuk tiap2 umah tu kena beli tiket... agak mahal la bayaran nya.. malas nak bejalan punya pasal kami sempat singgah 1 sahaja rumah... itu pon kamera tidak dibenarkan.. jadi gambar kat luar jer la yer....

ermm.. ct mmg x pandai nak create cerita... jadi apa lagi jom kita zassss..







ermmm.. yang ni pulak gambar lauk ntah bila ntah.. terjumpa... so buat la n3... saje jer nak kasik korang terliur... hahahaha layannnn......






N3 ini khas untuk kak Azue... Selamat Menyambut ulangtahun Perkahwinan yang ke-6...
semoga dipanjang usia perkahwinan... dimurahkan rezeki...aminn...

dikesempatan ini ct nak minta maaf pada kak azue.. sebab x dapat datang ke majlis Anniversary kak azu ari tu... ct dah rancang nak pegi dah... tapi meeting ct dari petang sampai la kemalam... baru habis... sampai umah pon jam dah pukul 9.30... badan pon dah penat sangat... minta maaf kak azue... x larat nak kuar dah... pulak tu hujan lebat selebat2 nyer...kat klang.. ct pon terus letak kepala..





Pembetulan : Kompleks Pasir Salak tu kat Kg. Gajah.. bukan bota seperti yang dinyatakan... dan sungai tu sungai Kg. Gajah... ...tima kasih kak baayah kerana membuat pembetulan... ct ni dah jadi org perak lupa daratan...heheheh....bleh silap plak...

SALAM KENAL CT ..

WAAA SEDAP2 MENU MAKAN TUHH

SUKAAAAAAAAAA
Mon 13-Apr-2009 05:20
Posted by:ieda~ibu nina, riena & zahrien  - [Link]
CT..



DIJEMPUT KE MAJLIS PERKAHWINAN ADEK POMPUAN ZAI..
PADA 31MAY 2009 NANTI
BERTEMPAT DI KG BIKAN LABU BESAR KULIM

TUK MAKLUMAT LANJUT KLIK CINI
http://zbintim.fotopages.com/?entry=1817556

KEDATANGAN AMAT DIALU2KAN...

YG MENYAMBUT KEDATANGAN ANDA
~ZAI KULIM &MR'T'~
Tue 14-Apr-2009 09:13
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
WALLAWEHH X PERASAN ADER ENTRY UTK DEN..TENKIUUU CT....XPER2 ADER SATU LAGI JEMPUTAN NIE..

*DI KESEMPATAN INI K.AZUE JUGA NAK MENJEMPUT CT & FAMILY / FRENZZ...*

SUDI-SUDIKAN LAH HADIR KE RUMAH K.AZUE...BAGI MENYERIKAN MAJLIS PERKAHWINAN ADIK LELAKI
AZUE DI PUCHONG PADA 09/05/09 - HARI SABTU SEMPENA CUTI WESAK DAY-

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN KALIAN DAPAT MENCERIAKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT..
Wed 15-Apr-2009 05:38
Posted by:AZUE  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Monday, 23-Mar-2009 04:32 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Kesyukuran di Kampung

assalamualaikum...

maaf la banyak2 dari ct... dah sebulan ct x apdate fp ni.. bak kata kak wawa dah bersawang umah ct nih...ermm... ni pon ct curi2 masa nak update.. nak bersih kan sawang2 yang ada kat umah ct ni... . sebenarnya ada banyak juga gambar2 yg dah basi yg ct nak update.. tapi tu lah masa nya belum mengizinkan.. ct update dulu yg latest ni...

ceritanya berkenaan Kenduru Kesyukuran di kg ct. kenduri kesyukuran ni bersempena kakak ct yg sedang mengandungkan anak ke 3 nya..huhuhu.. x lama lagi ct dapat anak buah baru.... masa tu yg x tahan nya ramai juga yg bertanya ct bila plak nak yg ke 3 plak..
hahahaha... nanti2 ler dulu... bagi lepas kakak ct dulu... lagi pon fatin baru 5 tahun... penat nyer belum abih lagi ...

ct bertolak pulang ke kg jumaat malam sabtu... kendurinya sabtu tengahhari... maklum ler kerja...masak kali ni ringkas aje.. NASI AYAM... huhuhu.. senang kan.. tapi kerana dah sebuk sangat memasak sampai lupa nak amik pic nasik ayam yg aku masak tu.. hehhe yer ker aku masak... boleh la ckit2...yang ada cuma pic hubby ku menggoreng ayam sahaja...lepas tu pic orang2 kenduri pon x ingat jugak nak amik...

so.. ni je la pic2 yang ada..apa2 pon jom kita zasss...




rasanya setakat ini dahulu la... sory very sory pada semua kengkawan n akak2 yg setia mengunjungi fp ct...insyallah ct akan cuba update lagi secepat yang mungkin...

Salam ct
Apa khabar saat ini?
Lama abg tak ke sini .. agak bz skrg ni
Fri 3-Apr-2009 13:19
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
salam kak ct..
wahh syok aaahhh merewang cmni...
tambah lak blkg swah sure nyaman jekkkk bersidai bwh pokok...

re: i bkn org jowo tp klate...hubby yg jowo..tp sup kaki tu mmg pujaan both jawa n klate .. tu sbb bila raya haji berebut2 kaki lembu!
Fri 3-Apr-2009 18:58
Posted by:shima27  - [Link]
salam ct..tq sudi terjah fp akak yer...wah syoknye merewang yer..nasi ayam lg tu my fav huhuhu
re:ct nnt akak post kat entry mee udang tu yer..skrg tgh mood malas,akk punye mee udang tu bhnnye simple sgt..mmg tak sama yg akk jumpe kat tenet hihihi,akk olah sendiri... erm anyway akak ti dok kat pekan baru tak jauh dr pekan ti jer..nnt kita koling2 leh jumpe yer...
Mon 6-Apr-2009 01:05
Posted by:umie farra  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Monday, 23-Feb-2009 05:58 Email | Share | | Bookmark
BBQ on CNY & Kuih Lompang

assalamualaikum...

kali ni ct nak cerita pasal BBQ masa Chiness New Year ari tu... hahahaha dah berkurun la gambar ni...dah basi kot...hehehehehehe... ini kerana kesibukan yang melanda... yang amat2 la sangat... mana la x sebuk... ct kena handle urusan Expo yang akan berlangsung di Rumah Puspanita pada 28/2/09,

masa tu sebenarnya adik ct nak buat kenduri kesyukuran... tapi kami bergotong royong masak n bungkus hantar kat masjid jer... jimat.. heheheh... x yah basuh pinggan.. huhuhuhu,, .. keesokan hari nya baru kami buat majlis BBQ ni... itu hanya ahli keluarga sahaja yang dijemput hadir....

tanpa berlengah kan masa lagi jom kita zassss... pic2 tuh...











ermm... resepi asal dari k liza... malas nak menyalin ct copy n paste jer kat FP ni... so tq very2 much
k liza http://hanieliza.fotopages.com. tapi kuih k liza nampak berkilat dan cantek... maklum ler saya budak baru belajar.. hehehehe

KUEH LOMPANG

Bahan A
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil kapur [bancuh dan tapis]
Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam

Bahan B [masak sehingga mendideh dan tapiskan]
1/2 cawan gula biasa
1/2 cawan gula merah
4 cawan air

Cara:
1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis.
2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
4. Tapiskan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
5. Kukuskan kueh selama 20 minit.
6. Sejukkan kueh.
7. Cungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut .

bestnya makan2 Tue 17-Mar-2009 02:09
Posted by:mie  - [Link]
Sedapnya BBQ..
Dahla sha mmg tgh lapo nihe.. adehhh

---------------------------------------------------------------------------------
~Jom shopping @ http://little1store.blogspot.com/~
~Koleksi menawan utk yang tersayang, harga menarik & berpatutan~
Tue 17-Mar-2009 10:05
Posted by:Little One Store littleonestore@yahoo.com  - [Link]
dik...akak dtg ni..tp umah da bhabuk ladik....bbq tu pun da reput tulang dia...hehehehhe
bz yer dik...
Wed 18-Mar-2009 15:48
Posted by:wawa  - [Link]
View all 21 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.